Tuesday 13 September 2011

Pelancongan dan Kebudayaan

Di Mukim Alur Limbat ini terdapat sebuah kampung iaitu Kampung Bukit Cerana yang terkenal dengan keindahan kampungnya yang menghijau dan menjadi tumpuan  pelancong daripada luar dan dalam negeri.
Image   Image
                                         Kg. Bukit Cerana
Di sini terdapat tujuh buah rumah penginapan (homestay) yang kebiasaannya disewa oleh orang luar dan juga tempatan yang datang ke sini untuk majlis-majlis perkahwinan, aktiviti-aktiviti kekeluargaan dan sebagainya. Kadar sewa yang dikenakan sangatlah berpatutan iaitu antara RM 30 hingga RM 40 satu malam.
Image   Image
                                Rumah Penginapan (Homestay)
Image   Image
                                     Ruang bilik yang selesa
Selain itu, pelbagai kemudahan disediakan di sekitar Kampung Bukit Cerana ini seperti surau, tandas awam, bangku dan pondok rehat.
Image   Image
          Surau                                                         Tandas Awam
Image   Image
                 Bangku                                             Pondok Rehat
Apa yang menarik di kampung ini ialah terdapatnya Pokok Duku Terengganu yang tertua yang boleh dilawati dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri.
Image   Image
  Pintu masuk ke Pokok Duku Tertua             
                               Image
         Pemandangan yang menarik sekitar kawasan Pokok Duku Tertua
Mengikut sejarah, Pokok Duku Terengganu merupakan sejenis pokok liar hutan yang mana telah ditemui oleh seorang hamba rakyat di Kampung Bukit Cerana semenjak 300 tahun yang lalu. Menurut ceritanya, buah pokok ini telah dipersembahkan kepada sultan kerana didapati ianya begitu manis dan lazat. Lantas selepas itu Tuanku telah menanyakan nama buah yang dipersembahkan.
Beliau kemudiannya, mengucapkan secara tergagap-gagap, ungkapan du..du..du.. dan diikuti dengan ku, yang mana "Ku" dalam konteks ini dirujuk kepada Tuanku. Maka bermula dari situlah Tuanku menamakannya sebagai buah duku.
Image   Image
                                     Sejarah Duku Terengganu
Pokok Duku Terengganu yang masih berdiri megah ini merupakan baka generasi kedua daripada pokok induk yang telah pupus akibat mengalami kebakaran semasa zaman pemerintahan Jepun. Pokok ini satu-satunya penghubung zuriat duku Terengganu dan merupakan mercu tanda kebanggaan warisan rakyat negeri ini. Usianya kini telah mencecah 250 tahun dan ianya telah dikenalpasti pokok duku tertua di Negeri Terengganu.
                                     Image
                                  Pokok Duku Tertua Terengganu

No comments:

Post a Comment